aku makan ayam paling banyak dari daging-daging lain.
Itupun disebabkan aku tak makan daging lembu, kambing dan yang sekawan dengannya.
Ikan pun tak sebanyak aku makan ayam,
Sebab bukan semua ikan aku telan.
Balik-balik ikan kembung.
Pernah sekali bapak aku komplen kat emak,
marah bebenor hehari makan ayam sampai naik kembang tekak!
Emak tak ada choice lain,
If masak ikan lain,
Anak bongsu dia akan mengamok.
Last-last dia beli ikan campur-campur..
Semata-mata untuk penuhi tekak suami & anak dia yang paling "unik" tu.
Aku tak pernah bosan makan ayam.
Pernah seminggu makan ayam sahaja.
Dan pernah sebulan menu ayam hari-hari.
Bahagian favorite,
Dada
Rib.
Wings okey bila dada dengan rib dah habis.
Jangan bagi drumstick atau thigh,
Memang tak sentuh.
Walaupon bila mau dikunyah rasanya tetap rasa ayam.
Bukan rasa ikan atau rasa buah durian.
Pernah menangis bila bahagian favorite habis,
Pernah mengamok dan merajuk gara-gara tak dapat makan bahagian favorite.
Oh, Rahimah !
Teruknya perangai kamuu !
Restoran favorite,
Semua restoran yang ada perkataan ayam dalam menu !!
Masakan favorite,
Ayam masak lemak kencur (jawa)
Rendang ayam
Ayam masak kicap (ayam itu mestilah digoreng dulu sebelum dikicapkan)
Kari ayam
Ayam ungkep (jawa)
Ayam masak merah
Ayam goreng kunyit
Ayam berempah..
Yummy !!
Maka,
Aku kena carik suami yang makan ayam sahaja macam aku.
Ho ho ho !
Sila jangan dapat suami yang makan daging & seangkatannya,
Sebab payah nak masak nanti !
Atau masa dapat invitation dinner kat rumah bakal mak mentua,
Dia cuma masak daging sahaja...
Takkan nak suruh bakal mak mentua gorengkan telur??
Huhh???!
XOXO
P/S : Cerita tentang ayam ni ditulis ketika penulis sedang berpuasa dan baru mendapat berita Restoran Ayam Penyet AP kegemarannya sudah "mendarat" di Brunei Darussalam.
Yahoooo!!!!!
(Doa tahap kepedasan sambal dia tidak dikurangkan kerana mostly orang Brunei tak makan pedas)